Wednesday, September 21, 2016

EH SABAR DI LANGKAWI

Ada yang masih ingat dengan iklan Petronas, Burung Murai?

Anak: Burung ape?
Abah: Burung murai..
Anak: Burung ape?
Abah: Burung murai..
(Ulang)

Realitinya, letih tak hadapi situasi begini,
atau yang lebih lagi?

Setiap hari lalui rutin yang meletihkan.
Penat, banyak kerja tak habis, masa terhad, badan pun nak rehat, semua pun nak dibuat, anak pula masa itulah nak meragam!!

Mulalah kita yang umur dah dekat 30 tahun ni marahkan anak yang baru nak masuk 3 tahun. Kadang² pasangan pun kena sembur sekali. Allahu~

Mari kita renung,
dalam sehari,
berapa kali marah anak?

Tahukah kita, kajian oleh Dr Lise Eliot seorang profesor Neurosains mendedahkan bahawa satu bentakan atau makian mampu membunuh lebih dari 1 billion sel otak, dan satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 billion sel otak anak saat itu juga!

Sebaliknya 1 pujian atau pelukan akan membangun kecerdasan lebih dari 10 trilion sel otak anak. Subhanallah!

Nah, sekarang kita dah tahu kan.
Tapi bagaimana mengawal perasaan nak marah tu?
Tak tahan dengan emosi diri, rasa kasihan dengan anak² dan suami, kerana kerap di marah?
Rasa bersalah dan mahu segera berubah kerana sayangkan mereka?

Fikirkan,
lama manakah lagi mahu kekal dengan emosi sekarang?
Anak- anak tak selamanya kecil, masa mereka membesar sekejap sahaja.

Bayangkan bila dah besar, apa yg anak ingat tentang kita? Ibu bapa yg pemarah atau yang selalu bersabar dengan mereka macam iklan Petronas tu.

Agak-agak, apa layanan yang layak kita terima dari mereka bila anak-anak dah dewasa kelak?

Nak belajar lebih mendalam mengenai pengurusan emosi ibu dan anak?

Jom sertai :)


=====================
SEMINAR EH SABAR 01
29 OKTOBER 2016
=====================
9 pagi - 4 petang
Langkawi, Kedah
Speaker Puan Maznah Ibrahim
✔ Kaunselor berdaftar

💎 Yuran penyertaan RM120/org

*Tunggu!!*

🐧 Khas untuk EARLY BIRD
(pembayaran sebelum 10 Oktober 16)

2 orang RM200
3 orang RM270

=====================================
Maklumat lanjut ketik;
💻 http://bit.ly/ehsabarlangkawi
💻 http://bit.ly/ehsabarlangkawi
💻 http://bit.ly/ehsabarlangkawi

📲 Whatsapp taip EHSABAR ke 018.400.4492
📲 Whatsapp taip EHSABAR ke 018.400.4492
📲 Whatsapp taip EHSABAR ke 018.400.4492
=====================================


Thursday, September 15, 2016

LANGKAWI TURUT MENANGIS

Hari Malaysia 16 September pada tahun ini (2016), turut mencatatkan kehilangan besar negara dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din pada pukul 10:10 pagi tadi (sumber FB Ust Ahmad Dusuki)

Ketika Angah tengah kalut menyiapkan dua buah homestay untuk tetamu Langkawi, hujan renyai² turun umpama menemani hati yang berduka dengan pemergian beliau. Allahyarham Tuan Guru selalu juga turun ke Pulau Langkawi, menerima jemputan Kuliah Dhuha dari Pihak Kompleks Haji Ismail Group (HIG).

Kuliah terakhir dgn beliau yang kami hadiri iaitu pada awal tahun ini di Kompleks HIG Langkawi. Allahu, kesedihan ini tak dapat diucapkan sehingga ada sahabat menyelitkan salah satu isi karangan buku oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Berbunyi; "Jangan kita tangisi kematian orang lain sebaliknya, tangisilah akan diri kita sendiri. Masih banyak yang perlu kita perbaiki pada diri kita......"

Lalu,
pergilah wahai murobbi umat,
dengan tenang dan damai.
Pergilah bertemu Pencipta dengan saksi penat lelah yang telah engkau tanggung selama ini,
untuk memberi pelajaran kepada umat, Alangkah bertuahnya penghidupanmu dan pengakhiranmu.
Innalillahi wainna ilaihiroji'un

Friday, May 6, 2016

INGIN BERCUTI DI PULAU LANGKAWI ?


السلام عليكم 

SELAMAT DATANG

Ke Laman

Bercuti Di Pulau Langkawi


Kami amat mengalu-ngalukan kedatangan Tuan-tuan Puan- puan cik-cik, pak cik mak cik ke laman ini, 
Bercuti Di Langkawi. Laman ini dibina bertujuan memberikan info kepada bakal pengunjung Pulau Lagenda ini, pulau yang terkenal dengan sejarah Mahsuri.

Bercuti di Pulau Langkawi ini pastinya menjadi satu percutian yang indah dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan andai segalanya dirancang sebelum anda sekeluarga menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ini. Ramai yang mengadu, tidak sempat ke mana-mana, dikenakan harga penginapan yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan servis, ditipu agen yang apabila tiba di sini tiada pun penginapan atau kenderaan, dan banyak lagi khabar yang tidak seronok didengar. 

Justeru, kami mengambil inisiatif ini, untuk meluangkan sedikit masa untuk memberi info kepada tetamu Pulau Langkawi dari sudut pandang kami, agar segala urusan dipermudahkan, malah anda sekeluarga dan rakan gembira melancong ke Langkawi dan merasa seronok untuk datang lagi. Senarai yang diberikan hanyalah yang kami percaya servisnya.

Sebarang pertanyaan, cadangan dan komen bolehlah diajukan ke email idulhomestay@gmail.com bagi membantu kami untuk membantu sesiapa sahaja yang berhajat untuk melancong ke Pulau Langkawi mengikut bajet dan kehendak semasa Insha Allah. Doakan kami diberi kelapangan masa untuk menjawab segala persoalan kembali samaada dgn balasan email ataupun entry blog ya :)