Kenali Pemilik Homestay


   
Ayahanda Abdullah Hassan merupakan CEO Langkawi IDUL Homestay 
(Inap Desa Ukhuwah Langkawi PG0340401) . 

Dilahirkan pada 9 Jun 1955, beliau merupakan anak kacukan Melayu-Cina yang berasal dari Kulim. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, ayahanda melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1974/75.

Ayahanda berkahwin dengan Ibunda Rasidah Zakaria yang berasal dari Langkawi, Pulau Lagenda Mahsuri dan  alhamdulillah telah dikurniakan 9 orang cahaya mata. 5 orang masih belajar, dan 3 orang telah bekerjaya.

Di kenali sebagai Pak Ngah di Langkawi, beliau merupakan seorang pesara guru yang berdedikasi. 
 Mula berkhidmat sebagai guru di SMK (P), Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Beliau telah mengajar di pelbagai Sekolah Menengah, selama 28 tahun dan Sekolah Rendah Kebangsaan selama 10 tahun.

 Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi, beliau telah melatih anak-anak didiknya berkawad dan telah memegang amanah sebagai Jurulatih Kawad Kaki Negeri Kedah selama 7 tahun. 
Beliau juga telah mengusahakan taman asuhan dan tadika lebih dari 25 tahun.

Kini, beliau juga mengusahakan 7 buah Homestay bersama Isteri di Langkawi yang terletak di Kampung Kenyum, Ulu Melaka, Langkawi. Di mana Kampung Kenyum ini terletak berhampiran dengan Makam Mahsuri. 





No comments:

Post a Comment