Kereta Sewa




Sebenarnya, ada beberapa cara anda boleh bergerak dalam Pulau Langkawi ini. 

Walaupun di sini tiada pengangkutan awam seperti bas lompat-lompat, tapi perkhidmatan pengangkutan seperti van/kereta sewa (teksi) sedia menanti di jeti atau lapangan terbang Pulau Langkawi.

Anda juga boleh mengambil Grab atau MyCar jika tidak ingin memandu ketika berurusan atau bercuti di sini.

Namun bagi mereka yang selesa bergerak sendiri tanpa perlu menunggu adanya perkhidmatan di atas yang biasanya penuh (limited) di musim perayaan dan cuti umum, menyewa dan memandu sendiri kereta/ MPV/ van adalah pilihan terbaik.

Antara kelebihan menyewa sendiri kenderaan adalah, anda boleh merancang sendiri masa bergerak ke tempat pelancongan pada hari-hari percutian di sini.

Anda juga boleh mengelakkan risiko kehilangan atau tertinggal barang-barang kegunaan dan buah tangan yang dibeli ketika melancong di Pulau Langkawi kerana tidak perlu memindahkan barang berkali-kali ketika turun naik kenderaan.

Selain itu, ada juga pelanggan menyewa kereta yang berlainan dari yang dipandu hari-hari ke tempat kerja bagi mengambil peluang merasa atau mencuba sendiri kenderaan yang lain ketika melancong di sini.


Bagi yang berminat menyewa, kami mempunyai beberapa buah kenderaan untuk di pakej kan sekali dengan penginapan atau disewa berasingan sempena percutian anda di Pulau Langkawi.

Harga biasanya bergantung kepada musim biasa, musim cuti (cuti sekolah atau cuti umum) atau musim puncak (cuti sekolah pada tarikh cuti umum)

(Bergantung kepada kekosongan ketika tempahan/booking dibuat)

Berikut adalah kereta sewa yang ditawarkan khas untuk anda :)





1) MPV VOLKSWAGEN TOURAN

(Boleh disewa berasingan atau bersama penginapan)

MPV 7 seats
MPV Auto
Bonet standard MPV
Bumbung boleh dibuka

Musim Biasa RM150/24 jam
Musim Cuti RM180/24 jam
Musim Puncak RM200/24 jam


*******************




2) KERETA TOYOTA ALTIS

(Boleh disewa berasingan atau bersama penginapan)

5 seats
Kereta jenis sedan (Auto)

Musim Biasa RM110/24 jam
Musim Cuti RM150/24 jam
Musim Puncak RM180/24 jam



*******************




3) Kereta Perodua Myvi

(Boleh disewa berasingan atau bersama penginapan)

5 seats
Kereta jenis compact (Auto)

Musim Biasa RM80/24 jam
Musim Cuti RM110/24 jam
Musim Puncak RM140/24 jam



*******************




4) MPV TOYOTA AVANZA

(Untuk disewa bersama IDUL Homestay sahaja)

MPV 7 seats
Bonet standard MPV
MPV Auto


Musim Biasa RM120/24 jam
Musim Cuti RM150/24 jam
Musim Puncak RM180/24 jam




*******************



5) MPV MITSUBISHI GRANDIS

(Untuk disewa bersama IDUL Homestay sahaja)

MPV 7 seats
MPV Auto
Bonet besar (sesuai untuk luggage banyak)


Musim Biasa RM150/24 jam
Musim Cuti RM200/24 jam
Musim Puncak RM220/24 jam




*******************

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Puan Fiza




No comments:

Post a Comment